Write For Us

SEMPENA RAMADAN, RESTORAN K-TOWN ‘TERBANGKAN' GELANDANGAN KE KOREA PERKENAL HIDANGAN ALL-YOU-CAN-EAT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Sempena kedatangan Ramadan, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan (homeless) apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan “All-You-Can-Eat”.

Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL), untuk merasai keunikan makanan Korea yang cukup trending ketika ini dimana ia menjadi signature menu di restoran K-Town. 
Pengasasnya, Andy Goh, berkata, ramai yang berkeinginan untuk mencuba makanan Korea namun kerana harganya yang sedikit mahal, membataskan selera mereka. 
Program yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu, membabitkan seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan bas yang disediakan penganjur. 
Ujar Andy Goh lagi, hidangan “All-You-Can-Eat” ini tidak hanya terhad di bulan Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa. 
Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, bekas pramugara Sistem Penerbangan Singapura ini, menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014, dimana restoran pertama yang dibukanya adalah Shell Out. 

Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru bersama rakan niaga ketika gelombang ke-2 pandemik Covid-19. 
Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan membekalkan daging premium seperti wagyu, memandangkan terikat dengan penjarakan sosial. 
“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea (K-Town), kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama. 
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu. 
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya. 

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment