Write For Us

Semua orang kroni saya, Dr M jawab dakwaan k'jaan pilih kroni

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa projek hab pemindahan kapal ke kapal (STS) di Johor dibuat secar rahsia sehingga Menteri Besar Osman Sapian sendiri tidak tahu menahu.
Perdana menteri berkata perbincangan berkaitan projek itu telah lama berlangsung.
Mahathir berkata, Singapura pun telah dimaklumkan mengenai projek tersebut dan dimaklumkan ia tidak mencerobohi perairan mereka.
“Saya rasa perkara ini menjadi pengetahuan umum. Jika ada orang yang tidak tahu, saya tidak perlu pergi beritahu seorang demi seorang, 'kamu tahu perkara ini, kamu tahu perkara ini, kamu tahu perkara ini',” katanya.
Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian antara syarikat-syarikat terlibat di Putrajaya hari ini.
Mahathir juga meluahkan perasaan terkejut ketika ada pemberita yang mendakwa padanya bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Osman Sapian tidak tahu menahu berkaitan projek itu.
"Dia (Tunku Ismail) di Johor. Ramai orang Johor tahu mengenai perkara ini. (Jadi) Saya terkejut.
“Dia tahu banyak perkara tapi perkara ini dia tidak tahu," katanya.
Untuk rekod, Tunku Ismail tidak berkata beliau tidak tahu berkaitan projek itu ketika berkongsi tulisan di Facebook berkaitan projek itu.
TMJ berkongsi tulisan daripada sebuah Facebook, Gerakan Muafakat Johor.
Facebook itu mendakwa projek STS Johor memanfaatkan kroni sesetengah permintaan serta mendakwa Putrajaya tidak memaklumkan perkara itu kepada kerajaan negeri.
Gerakan Muafakat Johor juga mendakwa rundingan itu dibuat secara rahsia.
Berkaitan laporan menyebut Osman semalam berkata tidak tahu berkaitan projek itu, Mahathir berkata telah memaklumkan perkara itu.
Mahathir tidak menjawab dengan jelas soalan pemberita sama ada beliau telah berbincang dengan kerajaan Johor terlebih dahulu.
Katanya setakat ini kerajaan johor tidak menolaknya secara rasmi.
Ditanya sama ada projek itu memanfaatkan kroni sesetengah pemimpin, Mahathir berkata “semua orang di Malaysia ini kroni saya”.
Perjanjian itu ditandatangani antara KA Petra Sdn Bhd dan syarikat Hong Kong Hutchinson Port Holdings Ltd di sebuah hotel di ibu negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment