Write For Us

Semua penghantar makanan wajib jalani saringan kesihatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Semua syarikat e-hailing perlu memastikan setiap pekerja mereka menjalani saringan kesihatan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kementerian pengangkutan akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat e-hailing yang beroperasi manakala bagi restoran makanan segera, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) akan mengeluarkan arahan sama.

Ismail turut mengumumkan lebih 40 syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing sedia ada dan penghantar makanan restoran makanan segera dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Selain itu, katanya, pengusaha makanan di kawasan luar bandar dan bandar kecil yang menggunakan khidmat penghantaran syarikat lain ataupun individu juga boleh berbuat demikian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment