Write For Us

Semua Salahku (2019) | Episod 2

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Sofea bergegas ke hospital dengan cemas. Ali sudah menanti dengan muka sedih. Haris juga sudah ada di situ tapi wajah tiada perasaan. Ali gelengkan kepala, isyarat Iqbal tak dapat diselamatkan. Sofea meraung terduduk. Haris tengok saja maknya.
Selesai urusan pengkebumian, Sofea bertanya lanjut kepada Ali tentang rumah dan kereta yang dibooking Iqbal. Ali tergagap-gagap tak tahu nak jawab apa. Fatimah pujuk Ali berterus-terang saja untuk mudahkan semua pihak. Setelah didesak, akhirnya Ali terangkan hal sebenar. Tak ada rumah atau kereta yang ingin dibeli. Iqbal sebenarnya mahu bernikah dengan kekasihnya dengan duit 20 ribu itu. Sofea terduduk mendengarnya.
Seminggu Sofea meratap kecewa. Haris teringat bagaimana dia dan maknya bahagia ketika belum berkahwin dengan Iqbal dulu. Lalu Haris memujuk maknya tanpa putus asa. Haris layankan kesedihan dan luahan perasaan maknya dengan sabar, dengan harapan mereka berdua boleh bahagia seperti dulu.
Tonton episod penuh di :
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment