Write For Us

'Semua tahu masalah, tapi kalau mahu cerita hari-hari kita pun jemu'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
88 Views
Published
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengulangi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya, kata Daim Zainuddin.
Bercakap kepada pemberita hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata sesiapa saja akan jemu sekiranya mendengar tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan setiap hari.
Beliau juga mengingatkan PH bahawa pengundi mungkin menolak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat.
"Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan.
"Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan," kata Daim ketika ditemui pada program bersama penduduk Felda di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment