Write For Us

SENARAI PESERTA BIG STAGE 2023, AINA ABDUL JURI TETAP & ELLY MAZLEIN JADI HOS, VIDEO PERSEMBAHAN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
24 Views
Published
‘Big Stage’ kini kembali bersinar dengan bintang-bintang berbakat yang akan mendominasi pentas setiap malam Ahad para penonton Astro. Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat. Namun edisi kelima kali ini bukan sahaja membawa peserta-peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka lantas menjadikan mereka saingan yang kuat dalam pertandingan ini dengan elemen dan genre yang baharu.
Nama-nama yang dipilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 5’ ini merupakan antara bakat muda yang kian meningkat serta telah mendapat perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian yang diperoleh. Ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal. Malah, edisi kelima ini masih memperkenalkan barisan peserta yang berbakat besar dari luar negara.
Antara yang akan bersaing dalam ‘Big Stage 5’ adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia. Manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.
Buat julung kalinya, rancangan ‘Big Stage’ menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas untuk memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti dalam setiap persembahan bagi merebut gelaran sebagai ‘Juara’ buat edisi terbaharu ini.
Big Stage musim baharu bakal gegarkan industri muzik tanah air dengan muka-muka baharu yang bakal mengemudi rancangan tersohor negara. Kak Lina Pom Pom bakal menggalas tugasan hos. Manakala bangku juri tetap turut dirombak dengan pengenalan Aina Abdul sebagai juri tetap. Seorang juri lagi akan diperkenalkan di konsert minggu pertama.
Big Stage, sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang didominasi oleh bakat-bakat muda kini kembali dengan edisi kelimanya, membawa generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ ke pentas realiti yang lebih kompetitif. Rancangan ini amat dikenali dengan melahirkan bintang-bintang muda yang mempunyai kemahiran nyanyian luar biasa sehingga meraih perhatian di pelbagai platform media sosial mahupun dalam industri nyanyian.
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment