Write For Us

Senyuman Umar kekuatan Azrina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Senyuman Muhammad Umar Rizqi, mampu mencarikan hati sesiapa saja yang melihatnya. Senyuman itu juga yang menjadi kekuatan kepada ibunya, Siti Azrina Mansor untuk lebih kuat menempuh ujian yang diberikan kepada mereka sekeluarga.
Umar, empat bulan, dikesan mempunyai Caudal Regression Syndrome iaitu sindrom regresi Caudal, atau agenesis sakral (hypoplasia sakrum), iaitu kecacatan sejak dilahirkan.

Ia adalah gangguan kongenital pada perkembangan janin yang mana tulang belakang tidak normal. Ia berlaku pada kadar kira-kira satu bagi setiap 25,000 kelahiran.

Sindrom itu akan menyebabkan dia tidak akan mampu berjalan seperti kanak-kanak lain kerana Umar juga dilahirkan tanpa saraf tunjang yang tidak bercantum menyebabkan kakinya terjungkit selain tidak mempunyai tulang pada lutut.

Azrina berkata, hingga setakat ini, anak keenam itu sudah menjalani tiga pembedahan dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain beberapa siri rawatan di Hospital Klang.

Biarpun Umar dilahirkan tidak sempurna, Azrina berkata, Umar adalah anugerah terindah yang Allah titipkan kepadanya untuk dijaga.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment