Write For Us

Sepatut Anwar kena bangga dengan 'anak murid' dia ni - Saiful

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Saiful Bukhari Azlan yang bertanding sebagai calon bebas di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson menyifatkan bekas majikannya, yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai "inspirasi".
Malah, Saiful mengakui bahawa beliau merupakan "anak murid" yang menerima didikan politik daripada Anwar.
"Pada saya, saya tak boleh nafi saya dapat didikan politik pun secara tak langsung daripada dia (Anwar).
"Jadi sepatutnya dia kena bangga dia punya anak murid boleh sampai ke tahap ini, dan bertanding lawan dia. Ilmu yang saya ada dari dia. Dia yang ajar, dia yang memberi inspirasi," katanya.
Saiful, yang kini berumur 33 tahun pernah bekerja di pejabat Anwar sehingga terlibat dengan kes liwat 2 pada 2008.
Selepas perbicaraan panjang di mahkamah, Anwar dimasukkan penjara pada Januari 2015.
Bagaimanapun, susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Anwar pada 16 Mei lalu dibebaskan melalui pengampunan diraja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment