Write For Us

Seremban diisytiharkan bandar raya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya dan merasmikan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Seremban, malam Isnin.
Upacara istiadat pengisytiharan bermula apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyerahkan Surat Cara pengurniaan taraf bandar raya kepada Tuanku Muhriz sebelum baginda menyerahkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Baginda kemudian mengisytiharkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) digabungkan menjadi MBS berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Sementara itu, Aminuddin ketika ditemui berkata, peningkatan status Seremban sebagai sebuah bandar raya bakal memberi impak signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment