Write For Us

Setakat ini kerajaan baru 'OKAY' - PPIM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyifatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru menubuhkan kerajaan selama 48 hari masih 'OKAY' dalam mengendalikan keluhan rakyat terutamanya berkaitan isu pengguna.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata respon yang diterima dari kerajaan baru amat baik dalam menyelesaikan isu pengguna yang dibawa PPIM.
Nadzim berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur ketika diminta mengulas mengenai kerajaan baru HARAPAN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu menyaksikan kekalahan BN apabila HARAPAN memenangi kerusi majoriti sehingga berjaya membentuk kerajaan baru.
Nadzim turut berharap kerajaan baru tersebut mendengar keluhan rakyat berkaitan kos sara hidup.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment