Write For Us

Setiausaha RCI lapor polis isu laporan Forex

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja Diraja (RCI), Datuk Dr Yusof Ismail hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membuat laporan polis berhubung dapatan suruhanjaya berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an.
Yusof yang hadir ke balai polis secara bersendiri tiba pada jam 4.10 petang dan keluar memberikan kenyataan ringkas 40 minit kemudian di pintu masuk balai polis berkenaan.
"Saya sudah selesai buat laporan polis di IPD Putrajaya untuk polis menyiasat laporan RCI, selepas ini polis akan serahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk ambil tindakan seterusnya," katanya.
Laporan RCI yang dibentangkan di Parlimen mendedahkan bahawa Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion.
Yusof berkata, dalam laporan polis yang dilakukan, pihaknya meminta polis menyiasat individu-individu yang disebutkan dalam laporan setebal 400 muka surat itu.
Antara nama yang disebut dalam laporan RCI itu adalah perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat.
Beliau turut dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa laporan polis yang dibuatnya itu akan disiasat IPD Dang Wangi.
Suruhanjaya itu juga berpandangan menteri kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment