Write For Us

S'gor dapat injunksi hentikan SPR kemukakan laporan PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan injunksi kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, beliau memberi perintah itu kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran kerajaan negeri Selangor mengenai seksyen 8 dalam jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
"Hanya ada satu laporan kepada perdana menteri dan laporan itu hanya boleh dikeluarkan apabila semua inkuiri mengenai pelaksanaan persempadanan semula untuk semua negeri Tanah Melayu selesai.
"Tiada laporan boleh diberikan kepada perdana menteri yang tidak termasuk negeri Selangor," kata Hakim Azizul.
Kerajaan negeri Selangor pada Oktober tahun lepas memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghentikan pelaksanaan persempadanan semula.
Hakim Azizul kemudian membenarkan penangguhan pertanyaan tempatan di Selangor sementara menunggu keputusan mahkamah kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu membuktikan hak rakyat Malaysia kekal dipertahankan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment