Write For Us

Shafee ulang kes liwat dalam saman fitnah Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Senator Datuk S Nallakaruppan memfitnahnya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 dengan mendakwa beliau menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation.
Bagaimanapun perbicaraan hari ini ditangguhkan apabila peguam Nallakarupan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan sabitan liwat Anwar pada Februari lalu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab kemudiannya menghalang Shafee daripada menyentuh perlakuan Anwar dengan mengaitkan kes liwat itu kerana sabitan salah berkenaan berlaku tujuh tahun selepas ketua umum PKR memfailkan saman ke atas bekas rakan tenisnya.
Shafee bagaimanapun menegaskan soalannya relevan, menyebabkan hakim menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan kedua-dua pihak menyediakan hujah mereka.
Perbicaraan akan bersambung 21 Mei ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment