Write For Us

Shafie Apdal dilanjut reman 4 hari lagi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
116 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.
Hakim Ismail Brahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua peguam yang mewakili masing-masing Shafie dan SPRM.
Dalam penghujahannya, peguam Hamid Ismail yang mewakili Shafie berkata, SPRM tidak boleh menggunakan Seksyen 117 berkenaan untuk menahan reman anak guamnya untuk kelengkapan siasatan mereka (SPRM) kerana ia melanggar kebebasan individu (Shafie).
Bagaimanapun, SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya Rustam Sanip dalam hujah balasnya berkata SPRM mempunyai bidang kuasa yang sama dengan polis yang membolehkannya melakukan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu.
Sementara itu, Hamid berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam minggu ini bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.
Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di Kota Kinabalu hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan tempoh reman terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selama empat hari lagi bermula esok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment