Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menjawab dakwaan perdana menteri sementara, Datuk Seri Najib Abdul Razak atas dakwaan Najib bahawa Shafie telah menikamnya dari belakang.
Berucap ketika majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan Sabah di Sandakan hari ini, Shafie menjelaskan beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai isu 1MDB.
Namun menurut Shafie, beliau pula yang telah dipecat dari jawatannya dan mendakwa Najib lebih sayangkan Jho Low dari dirinya sendiri.
Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia adalah individu yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB namun beliau telah menafikan segala salah lakunya itu.
Pada 9 April, Najib dalam satu majlis di Semporna mendakwa Shafie telah menikamnya dari belakang dengan meninggalkan Umno.
Shafie keluar Umno pada 2016, satu tahun selepas dia dipecat dari kabinet kerana menjadi lantang terhadap skandal 1MDB.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment