Write For Us

Shafiq...Jom Pi Cuti | Episod 13

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Goyang Shafiq...Jom Pi Cuti mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Shafiq (Nabil) yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengubah kehidupannya serta Mak Lijah (Fadillah Mansor). Ketika Shafiq sampai di Kuala Lumpur, dia terjumpa iklan percutian di Pulau Perhentian. Oleh kerana tertarik dengan iklan itu, Shafiq terus ke agensi yang mengendalikan percutian itu untuk menempah pakej yang ditawarkan. Beberapa hari sebelum pergi bercuti, Shafiq menumpang di rumah kakaknya, Seha (Sharifah Shahira). Dengan perasaan teruja, Shafiq memberitahu Seha dan suaminya, Hisham (Eizlan Yusof) mengenai percutian itu. Seha dan Hisham yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja mengambil peluang untuk memujuk Shafiq supaya turut membawa anak mereka pergi bercuti. Shafiq tidak mempunyai pilihan selain membawa dua anak buahnya, Aiman (Fimie Don) dan Arora (Maisara) kerana Seha menempah percutian yang sama dengannya, sehari sebelum percutian. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah percutian Shafiq akan menjadi sebuah mimpi ngeri atau satu kenangan yang terindah?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment