Write For Us

Shahidan jawab video wanita Umno sedih isu calon

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihati mereka yang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya redha dengan keputusan yang telah dibuat.
Ketika dihubungi Malaysiakini, katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebolehan calon boleh menang di sesebuah kawasan.
Shahidan berkata demikian ketika ditanya tindakan sekumpulan ahli Wanita Umno Perlis bersemuka dengannya akibat tidak berpuas hati calon pilihan mereka tercicir dari senarai calon PRU14.
- 'Tolong Datuk'...ahli Wanita Umno bersemuka dengan Shahidan
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, wanita Umno turut menangis dan meminta Shahidan mencalonkan Azhar Hamid untuk bertanding di DUN Kuala Perlis yang menurut mereka sudah melakukan kerja sekian lama.
Sebelum itu, Shahidan mengumumkan calon-calon BN untuk bertanding di Perlis dan bagi DUN Kuala Perlis BN mencalonkan Datuk Azam Rashid.
Pada PRU13, BN mencalonkan Mat Hassan dan menang mengalahkan calon PKR Noor Amin Ahmad dengan majoriti 1,384.
Shahidan turut berkata sekiranya Azam menang pada PRU ini beliau akan dilantik sebagai speaker DUN bagi Perlis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment