Write For Us

Shahrizat bertanding di Bandar Tun Razak?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Sumber-sumber Umno telah mengesahkan bahawa calon dari parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14.
Bagaimanapun, memetik Malaysiakini, mereka mengetahui perkara itu bahawa calon itu bukan ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
Sebaliknya, parti itu dijangka mencalonkan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Ini turut disahkan oleh beberapa sumber Umno, termasuk dari kepimpinan pusat.
Malaysiakini telah menghubungi Rizalman untuk mendapat respons.
Namun, Shahrizat sendiri ketika dihubung berkata itu merupakan khabar angin yang cuba dispekulasikan.
Timbalan Ketua Umno Bandar Tun Razak, Saharudin Zainal Abidin juga enggan mengesahkan perkara itu sehingga surat watikah ditandatangani dan dikeluarkan.
Sumber peringkat tinggi berkata surat itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan.
Bandar Tun Razak secara tradisinya merupakan kerusi MCA, tetapi Umno mahu bertanding di kawasan itu, dengan alasan ia mendapat sokongan baik masyarakat Melayu setempat, yang merupakan 50 peratus daripada jumlah pengundi di situ.
MCA kalah kerusi Bandar Tun Razak kepada calon PKR ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2008.
Khalid memenangi sekali lagi kerusi itu pada 2013 dengan jumlah majoriti 11,832 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment