Write For Us

"Siapa hentam parti saya, saya akan lawan balik"

Loading...
Google Rank
98 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan hubungannya dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah baik.
Namun, kata Shahidan, beliau tetap akan menentang pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.
Menurut Shahidan, mereka dalam satu jawatankuasa di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di mana Mahathir merupakan Presiden Perkim sejak 2006 sehingga kini manakala Shahidan pula memegang jawatan naib presiden dalam pertubuhan itu.
"Tun presiden Perkim, saya naib presiden Perkim. Saya tidak ada masalah dari segi kerja-kerja sukarelawanan dalam Perkim.
"Tun cuba nak jatuhkan Najib bermakna dia nak jatuhkan kerajaan, bererti juga nak menjatuhkan saya kerana saya dalam kerajaan ini.
"Sudah pasti sesiapa yang cuba menjatuhkan kerajaan ini, saya akan tentang habis-habisan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung hubungannya dengan Mahathir ketika ini.
Selain itu, Shahidan yang juga merupakan anggota majlis Tertinggi Umno berkata, beliau mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan parti memandangkan beliau sebahagian daripadanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment