Write For Us

Siapa Ketua Menteri, Musa atau Shafie? Keputusan 3 petang ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Mahkamah Tinggi di sini akan memberikan keputusannya hari ini mengenai siapakah Ketua Menteri Sabah yang sah antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman.
Memetik Bernama, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie dijadual memberikan keputusannya pada 3 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.
Saman pemula tidak memerlukan perbicaraan dijalankan di mana para peguam daripada kedua-dua belah pihak akan memfailkan penghujahan dan afidavit bagi penghujahan kes masing-masing, manakala writ saman memerlukan perbicaraan dan saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan
Dalam saman pemula yang difailkannya, Musa menamakan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sebagai defendan pertama dan penggantinya Mohd Shafie sebagai defendan kedua dan memohon satu perintah bahawa pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei adalah tidak sah.
Beliau juga memohon satu perintah bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan satu perintah bahawa tiada pembatalan atau pemecatan beliau daripada jawatan itu.
Musa juga memohon perintah bahawa defendan pertama (Juhar) telah mencabuli perlembagaan dalam melantik Mohd Shafie sebagai anggota Kabinet Negeri serta memohon satu perintah bahawa segala tindakan dan perkara-perkara yang dilakukan oleh Mohd Shafie dan/atau yang didakwa kabinet beliau selepas beliau mendakwa telah dilantik sebagai Ketua Menteri, adalah tidak sah dan terbatal dan tidak mempunyai kesan selain membawa kerosakan kepada kedua-dua pihak defendan.
Musa telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei selepas memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi hilang majoriti selepas beberapa anggota Dewan Undangan Negeri dari partinya (UMNO) dan dari parti komponen Barisan Nasional (UPKO) melompat parti untuk memberi sokongan kepada Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Mohd Shafie.
Pada 5 Nov, Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsensi pembalakan di negeri itu yang berjumlah US$63,293,924 (RM263,460,962.313).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment