Write For Us

Siapa wakil rakyat miliki ijazah palsu, MP DAP mahu beri bukti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Serdang, Ong Kian Ming mendakwa terdapat wakil rakyat yang memiliki kelayakan akademik palsu, termasuk ijazah sarjana dan kedoktoran.
“Ada YB yang duduk di dalam dewan ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga," katanya tanpa menamakan ahli parlimen berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehubungan itu, pemimpin DAP itu mencabar mereka yang memegang ijazah doktor falsafah membuktikan bahawa kelayakan mereka adalah tulen.
“(Buktikan) bukan dari ijazah kilang dan ini akan meberi satu impression yang sangat baik kepada semua rakayat Malaysia bahawa kita sebagi ahli parlimen tidak boleh guna ijazah palsu sebagai cara untuk dapat PhD,” katanya.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap (BN-Tawau) bersetuju dengan Ong dan berkata isu itu berkaitan dengan akademik.
Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti bahawa terdapat individu yang mempunyai kelayakan akademik palsu untuk membuat laporan supaya kementeriannya dan polis boleh mengambil tindakan.
“Memang saya juga bersetuju dengan komen YB tadi tentang isu berkaitan dengan integriti akademik.
“Kami tidak setuju pihak tertentu menggunakan gelaran ‘Doktor’ sekiranya tidak dapat PhD.
“Untuk dapatkan PhD ambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya ada pihak tertentu dapat PhD (dalam) sepuluh bulan, memang kita tahu itu PhD palsu,” katanya.
Mengulas jawapan itu, Ong mencelah dan berkata, "Saya akan beri bukti."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment