Write For Us

Siasat dakwaan tekanan di sekolah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) menjalankan siasatan dalaman, berhubung dakwaan seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah, membunuh diri kerana tekanan di sekolah.
Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata pihaknya maklum dengan kes itu dan kini dalam proses mengumpul maklumat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Katanya, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil.
Selasa lalu, pelajar berkenaan, S Logamitraa,16, ditemui tergantung di kipas siling dalam bilik dengan kain selimut terikat pada lehernya oleh ibu mangsa, kira-kira jam 6.15 petang.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia, tiga jam kemudian.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment