Write For Us

Sidang media HARAPAN tawan Putrajaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
HARAPAN akhirnya memperoleh kerusi minimum untuk mendapat majoriti di Dewan Rakyat pada awal pagi ini.
Jumlah yang diperlukan bagi mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat ialah 112.
Bilangan kerusi yang dicapai HARAPAN kira-kira jam 2.45 pagi ini ialah 114, tidak termasuk Batu yang dimenangi calon bebas dan mendapat sokongan PKR.
Setakat ini BN memenangi 74 kerusi berbanding PAS 17. Tiga orang calon bebas turut mencatat kemenangan.
Pemenang untuk 14 kerusi lagi belum dapat disahkan.
Bercakap kepada media pagi ini Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak akan membalas dendam ke atas sesiapa.
Kenyataan itu dibuat apabila beliau ditanya sama ada kerajaan baru nanti akan mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir juga sudah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk mengumumkan hari ini (Khamis) dan esok sebagai cuti umum.
Ia selaras dengan janji gabungan berkenaan jika mereka mendapat mandat dalam PRU ke-14 ini.
Dalam pada itu, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan semua presiden parti komponen gabungan itu bagi menentukan barisan menteri kabinet.
Pakatan Harapan juga akan minta pengampunan Di Raja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, kata calon perdana menteri HARAPAN itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment