Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan institusi Dewan Rakyat kini semakin tercemar dengan sesetengah ahlinya yang bersikap 'luar biasa'.
Shahril berkata demikian merujuk kepada beberapa perkembangan terkini politik negara, termasuk saman yang dikenakan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Turut disaman Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.
Pandikar disaman anggota parlimen (MP) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, baru-baru ini, apabila soalannya mengenai 1MDB ditolak.
"Bukan sahaja speaker Dewan Rakyat disaman dan dibawa ke mahkamah, malah hakim pun disaman. Tak ada perkara yang tak disaman dan dibawa ke mahkamah.
"Kemudian bila keputusan tak menyebelahi mereka, tuduh mahkamah tak adil," katanya.
Shahril berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian naskhah Dasar Buku Negara dan TN50 karya Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zuhdi (gambar), di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata sepanjang penglibatannya dalam politik tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini, apatah lagi yang membabitkan pembangkang.
"Saya pernah menjadi anggota parlimen bebas, kemudian dalam kerajaan, dan pengalaman ini adalah keadaan dan tempoh yang pelik.
"Pelik bukan sebab apa, (tapi sebab) mereka yang terlibat dalam politik mempunyai perangai dan pemikiran pelik.
"Apabila saya melihat suasana seperti ini, sepatutnya orang yang pelik-pelik ini diadili oleh rakyat. Namun mungkin juga ada rakyat yang suka orang yang pelik-pelik seperti ini," tegasnya lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment