Write For Us

'Silap kira, saya tiada niat tipu Dewan Rakyat' - Shahbudin Yahya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menipu Dewan Rakyat selepas tersilap menandakan Nazri Abdul Aziz (BN- Padang Rengas) sebagai menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam pengundian belah bahagi, semalam.

Ketua penghitung blok C Dewan Rakyat itu diminta memberi penjelasan mengenai kesilapan menandakan Nazri sebagai menyokong undi belah bahagi walaupun dia tidak hadir ketika pengundian dilakukan.

Susulan itu, ahli parlimen pembangkang meminta speaker meneliti perkara itu dengan serius bagi mengelakkan sebarang penipuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment