Write For Us

Silat jadi aktiviti kokurikulum di sekolah, universiti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Seni Silat akan diperluaskan sebagai aktiviti kokurikulum secara berperingkat di sekolah manakala di peringkat universiti ianya dicadangkan sebagai subjek pilihan dengan sistem kredit yang boleh dipindahkan.
Untuk itu, sekurang-kurangnya 5,000 Kelab Silat disasarkan akan diwujudkan di sekolah-sekolah di seluruh negara malah di peringkat luar negara ianya akan dipromosikan melalui Bahagian Pendidikan Malaysia.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian itu juga mencadangkan agar Silat dijadikan sebagai salah satu kursus TVET yang boleh diberikan sijil seterusnya menjadi satu daripada keperluan untuk menceburkan diri dalam kerjaya berkaitan bidang keselamatan.
Katanya, melalui Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) pihaknya sedang mengusahakan untuk membawa Silat untuk diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.
Maszlee berkata demikian ketika menutup rasmi Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Seni Silat Seni Asli Terbuka Edisi 10 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada Sabtu 30 November.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment