Write For Us

Sindarela | Episod 15

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani. Kisah berlaku di sekitar kehidupan seorang gadis lasak, Zoela (Sharifah Amani) di tengah-tengah dua jejaka, Hussein (Bront Palarae) dan Tengku Haidar (Remy Ishak). Dari kehidupan seorang anak tiri yang hidup melarat kepada kehidupan seorang puteri, Zoela tidak pernah membayangkan kehidupannya akan berubah dengan serta merta hanya dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangka. Zoela tidak pernah menyangka keajaiban itu benar-benar boleh terjadi. Ikuti kehidupan Zoela, seorang gadis genit gotik yang lasak dan kasar yang sentiasa menjadi mangsa penganiayaan ibu tirinya, Mak Cik Mary dan adik tirinya, Faizul. Di temani oleh rakan baiknya, Naema (Noorkhiriah) dan Butang (Isma Yusoof). Dunia Zoela bertukar sekelip mata. Namun keajaiban tidak semestinya menyeronokkan. Kini dia terpaksa berdepan dengan orang-orang baru yang amat asing dalam hidupnya seperti Zohara (Ifa Raziah), Tasha (Wan Sharmila), Tushee (Iera Syaziera), dan Ayu (Sharifah Sofea).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment