Write For Us

Sindiket penipuan pelaburan online terbesar tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya, pada Rabu.
Semua mereka yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam (penipuan) secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.
Hasil serbuan pada jam 11 pagi ke atas premis terbabit yang disewa pada harga RM360,000 sebulan, sebanyak 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi dirampas.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata modus operandi sindiket itu adalah menyasarkan mangsa di China dengan menawarkan keuntungan yang tinggi dan pantas.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment