Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengesahkan penangguhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Bagaimanapun Azmin berkata penangguhan itu tidak melibatkan sebarang denda penalti sebanyak RM500 juta.
“Kerajaan Singapura telah bersetuju untuk menerima pandangan dari kerajaan Malaysia bagi menangguhkan projek ini sehingga satu tempoh (yang belum ditetapkan) kerana dalam tempoh tersebut kita yakin ekonomi Malaysia akan kembali pulih.
“Dan tidak ada pampasan yang perlu dibayar dalam tempoh penangguhan projek,” katanya.
Azmin berkata demikian ketika ditemui pada sesi pembukaan persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Shah Alam, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment