Write For Us

Sita kenderaan buruk terbiar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Keadaan 60 kenderaan buruk di kawasan perindustrian Seksyen U2 di Shah Alam yang terbiar diselesaikan selepas ia disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu operasi bersepadu pada Selasa 10 Disember.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai kira-kira sebulan lalu.
Menurutnya, sebelum operasi berkenaan dijalankan, pemiliknya sudah diberikan notis terlebih dahulu untuk mengalihkan kenderaan di tempat parkir awam di kawasan berkenaan.
Katanya, kedegilan pemilik bengkel dan kilang mengalihkan kenderaan buruk menyebabkan MBSA terpaksa mengeluarkan kos iaitu sebanyak RM130 untuk setiap kenderaan buruk yang dipindahkan ke depoh.
Beliau berkata demikian kepada media selepas operasi bersepadu penyelesaian aduan kacau ganggu, halangan dan pembersihan itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment