Write For Us

Siti Nurhaliza hadir himpunan pembangkang Sabtu ini?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Menjelang himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi pada Sabtu ini tersebarnya poster kononnya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza akan turut menyertai acara Pakatan Harapan itu.
Menurut laporan Malaysiakini, Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak enggan mengulas lanjut mengenai bahan hebahan yang tidak diketahui asal usulnya itu sebaliknya harus diajukan kepada penganjurnya.
Menurut Rozi lagi, pada kebiasaannya apabila timbul hal sebegini, penyanyi nombor satu negara itu tidak akan tampil memberi sebarang kenyataan.
Selepas lebih dua dekad menceburi bidang seni suara, media melaporkan Siti buat masa ini bertindak ‘menghilangkan diri’ buat seketika.
Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptorasi itu dijadual berlangsung pada 14 Oktober ini di Padang Timur Jaya Petaling Jaya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan poster berkenaan adalah “berita palsu.”
Manakala Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman meminta orang ramai harus berhenti memfitnah Siti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment