Write For Us

Siti umum jantina anak sempena hari lahir ke-39

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Pada hari kelahirannya yang ke-39, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan pada bulan Mac nanti.
Dalams atu video yang dimuat naik dilaman Instagramnya, Siti mengumumkan bahawa beliau bakal melahirkan anak perempuan.
“Terima kasih pada semua yang mengucapkan ‘happy birthday’ untuk saya. Saya sangat berterima kasih dan doakan semoga semua selamat.
“Alhamdulillah ini hadiah paling bermakna bagi saya dan suami iaitu zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sempurna.
“Doktor mengesahkan kandungan saya seorang puteri.
“Doakan semoga kandungan saya sihat dan menjadi anak yang solehah".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment