Write For Us

Situasi tegang antara ahli PN dan pemerhati SPR di ceramah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
41 Views
Published
Ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar malam tadi menyaksikan ketengan antara penganjur dengan pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beberapa pegawai pemerhati SPR telah berjumpa dengan penganjur kira-kira jam 10 malam berhubung permit ceramah, yang bertujuan untuk ceramah agama tetapi telah bertukar menjadi ucapan politik.

Ceramah itu diadakan di sebuah resort di Parit Keroma Laut yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, dari PAS bersama-sama calon parti itu Abdul Azzi Talib yang bertanding di kerusi Maharani.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment