Write For Us

Sivarraajh dapat perintah mahkamah cabar SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Naib Presiden MIC, C Sivarraajh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak membenarkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nordin Hassan di kamarnya setelah mendengar permohonan berkenaan.
Menurut peguam Sivarraajh, Vasanthi Arumugam, mahkamah menetapkan Khamis ini bagi mendengar merit permohonan.
SPR sebelum ini melarang Sivarraajh daripada bertanding berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya November lalu mengumumkan keputusan pilihan raya umum 9 Mei lalu yang dimenangi oleh Sivarraajh sebagai tidak sah dan batal.
Ini kerana hakim, Azizah Nawawi mendapati terdapat unsur rasuah ketika pilihan raya itu berlangsung.
Peguam kanan persekutuan S. Narkunavathy membantah permohonan itu atas alasan tiada keputusan dibuat dan ia bersifat pramatang.
Bagaimanapun, Hakim Nordin memerintahkan sebaliknya dengan mengatakan kes itu masih boleh dihujahkan.
Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 12 Jan Sabtu ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment