Write For Us

Skandal BMF berlaku sebelum zaman Tun M jadi PM, kata Mukhriz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
175 Views
Published
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) berlaku bukan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi perdana menteri.
Ini kerana, kata Mukhriz, skandal tersebut berlaku sekitar hujung tahun 1979 hingga antara April dan Mei 1981, sedangkan Mahathir dilantik menjadi perdana menteri pada Julai 1981.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama penduduk Kampung Pinang, Pedu baru-baru ini.
Video tersebut dimuat naik PPBM Kedah.
Kata Mukhriz, menteri kewangan ketika itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah, sebelum diambil alih Tun Daim Zainuddin pada 1984.
Namun, jelas Mukhriz, Mahathir mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menjalankan siasatan berkenaan isu itu.
Menurutnya lagi, dalam muka surat 4 dalam laporan CIA menjelaskan Mahathir tidak terlibat dalam skandal itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment