Write For Us

Skandal BMF, Forex: Kit Siang cabar Pemuda UMNO

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjawab tuduhan pemuda umno bahawa beliau senyap mengenai skandal BMF dan Forex yang dibangkitkan oleh sayap parti umno semalam.
"Saya telah menyatakan keperuan tubuh RCI mengani skandal BMF dan urusan forex Bank Negara dan saya kekal dengan itu. Tetapi apa yang lebih penting sekarang ialah 1MDB," kata Lim.
Beliau juga berkata Najib, yang merupakan Menteri Pertahanan pada tahun 1991, juga bertanggungjawab untuk skandal di bawah prinsip tanggungjawab bersama.
"Jika ada apa-apa jenayah, beliau (Najib) perlu berada di kandang tertuduh," kata Lim.
Lim menjawab tuduhan daripada Pemuda Umno dan Pemuda PAS untuk siasatan ke dalam skandal Mahathir-era.
Pada sidang media di pejabat Pemuda Umno, Menara Dato Onn di ibu negara semalam Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menuntut penasihat DAP Lim Kit Siang agar menyatakan pendiriannya dalam isu berkenaan.
"Banyak kenyataan yang dibuat beberapa tahun lalu merujuk pada transaksi dalam hal pertukaran forex trading (perdagangan tukaran wang asing) yang dibangkitkan Kit Siang.
“Dalam hal ini, apa pendirian Lim Kit Siang?" soal Khairul.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment