Write For Us

SKMM tidak akan berkompromi pihak yang gugat keselamatan negara - Timb Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama PDRM tidak akan berkompromi dan sentiasa komited untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian khususnya kepada pihak yang menghina institusi beraja, perkauman dan agama.
Eddin juga menegaskan pengemaskinian dan penambahbaikan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dijalankan secara berterusan agar ia terus kekal relevan dan seiring dengan peredaran semasa.
Beliau yang memberitahu Dewan Rakyat hari ini, langkah itu bagi memastikan isu-isu khususnya yang menggugat keharmonian kaum dan agama serta hak istimewa Raja-Raja terutamanya yang dimuatnaik di media sosial sentiasa dijaga.
“Kita sangat menitikberatkan keadaan (yang) perlu menghormati fahaman berbeza dalam konteks integrasi nasional selain sentiasa mempertahankan serta meletakkan kedaulatan Raja-Raja Melayu pada satu tempat istimewa, ” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment