Write For Us

Solidariti 'BEBASikal' di luar IPD Dang Wangi, lelaki mengaku tidak bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Sekumpulan penunggang basikal berhimpuan di luar IPD Dang Wangi pagi ini sebagai solidariti terhadap rakannya yang ditahan polis gara-gara dakwaan bergelut dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.
Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, penunggang basikal berusia 23 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengganggu penjawat awam menjalankan tugasnya.
Muhammad Nur Rabbani Shariffhuddin, didakwa berhubung dakwaan bergelut dengan pegawai DBKL, Muhd ​​Farzli Mohamad pada kira-kira 10:15 semalam di luar bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.
Beliau menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana didakwa menggunakan kekerasan jenayah.
Semalam, kira-kira 40 penunggang basikal berkumpul bagi membantah langkah DBKL menyita basikal mereka dan sebagai reaksi kepada dakwaan bahawa pihak berkuasa tempatan merosakkan basikal bernilai RM3,000 yang ditinggalkan dan dikunci di tepi jalan.
Penunggang basikal juga mengadu bahawa mereka terpaksa meletak basikal mereka di tepi jalan kerana tidak ada rak basikal disediakan.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Nur Bani berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Muhammad Nur Rabbani, Eric Paulsen, memohon ia dikurangkan kepada RM1,500 kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan yang stabil.
Majistret Mahyuddin Mohamad Som bersetuju memberikan permohonan RM1,500 ikat jamin dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment