Write For Us

SOP baru polis sebelum mansuh 'akta zalim'A

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Prosedur operasi standard (SOP) baru akan diguna pakai buat sementara waktu oleh pihak polis sementara menunggu pemansuhan atau pindaan terhadap ‘undang-undang zalim’.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi mengelak salah faham bahawa kerajaan masih bersikap zalim seperti dahulu.
“Saya dah minta polis untuk sediakan satu SOP baru supaya orang tak salah faham.
“Sementara langkah meminda dilakukan, polis tak akan bertindak seolah-olah undang-undang ini akan tetap berjalan macam dahulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menggesa kerajaan untuk memansuhkan undang-undang itu.
Muhyiddin turut berharap usaha bagi memansuhkan Sosma dan Akta Pencegahan Keganasan dapat dibuat pada November ini atau pada sesi Parlimen akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment