Write For Us

Speaker tegur ramai wakil rakyat tidak hadir DUN Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menegur kehadiran kurang memberangsangkan Ahli-Ahli Dewan Negeri sepanjang persidangan kali ini.
Hannah berkata kehadiran wakil rakyat terutama dalam kalangan pembangkang sangat mengecewakan.
Ini kerana, katanya, mereka perlu hadir ekoran sidang DUN begitu penting untuk mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri.
Jelas Hannah lagi, beliau selalu nampak seorang ADUN BN yang hadir.
“Selalu saya nampak Dengkil seorang yang hadir,” katanya.
Beliau berkata demikian di sidang DUN Selangor hari ini.
Bagaimanapun, ADUN BN-Dengkil Shahrum Mohd Sharif bangkit mempersoalkan ramai wakil rakyat kerajaan negeri juga tidak hadir ke sidang DUN.
Namun, Hannah cuma berkata 'terutama' ramai yang tidak hadir dalam kalangan pembangkang.
Terdahulu, ketika sesi soal jawab, ramai wakil rakyat tidak hadir untuk membacakan soalan untuk dijawab kerajaan negeri.
Ia menyebabkan banyak soalan terpaksa ‘dilepaskan’ tanpa jawapan.
Mengikut peraturan, setiap soalan perlu dibaca oleh wakil rakyat yang bertanya untuk membolehkan ia dijawab kerajaan negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment