Write For Us

SPR akan semak status Khalid Samad sebagai Ahli Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan semak kedudukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sama ada kedudukan beliau akan terjejas berikutan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi tadi.
Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini memutuskan Khalid bersalah kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.
Dalam penghakiman hari ini Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.
Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap beliau.
Khalid, ketika ditemui berkata, beliau akan membayar denda itu serta akan merayu terhadap hukuman tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment