Write For Us

SPRM beri amaran pada Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak fitnah.
Memetik Utusan Malaysia, Dzulkifli berkata, peringatan kepada kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan itu membabitkan kenyataan mereka berhubung kes penjualan tanah di Ijok serta projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut Dzulkifli, kedua-dua pemimpin negeri itu sepatutnya memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas memandangkan semua pihak mahu perkara berkenaan diselesaikan secara profesional.
Menjelaskan tentang kes penjualan tanah di Ijok, Dzulkifli berkata SPRM hanya menyerbu lima syarikat iaitu empat syarikat pemaju serta sebuah firma guaman dan merampas beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut, dan bukannya menyerbu pejabat menteri besar itu.
Siasatan SPRM itu berkaitan isu penjualan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 880 hektar di mukim Ijok kepada sebuah syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment