Write For Us

SPRM dedah perbualan Azeez dan Dzulkfli bincang siasatan 1MDB, kaitan Tabung Haji

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Bekas Pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim tampaknya pernah mengadakan perbincangan dengan Dzulkifli Ahmad menerusi telefon, ketika itu menjadi pegawai Pejabat Peguam Negara, sama ada Tabung Haji terbabit dalam siasatan 1MDB.
Perkara ini didedahkan dalam rakaman yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diyakininya sebagai tulen.
Dalam panggilan pertama pada tarikh 17 Januari, Dzulkifli yang juga bekas ketua pesuruhjaya SPRM memaklumkan perkembangan kepada Azeez berkenaan suatu perkara, yang menurutnya sudah selesai, dan kini sedang menyelesaikan satu lagi perkara.
Selepas ia selesai, kata Dzulkifli, pihaknya akan memberikan taklimat kepada seorang "Tan Sri".
"Tan Sri" itu dipercayai merujuk kepada peguam negara ketika itu, Apandi Ali.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya tidak menjelaskan topik perbualan antara dua individu itu, tetapi dipercayai ia berkaitan kertas siasatan 1MDB.
Dalam perbualan telefon itu, Dzulkifli berkata "semua dalam kawalan" sementara Azeez berkata "Tan Sri" telah memberitahunya bahawa dia merancang untuk menghantar kembali apa yang dipercayai sebagai kertas siasatan kepada pegawai penyiasat.
Dalam panggilan kedua pada tarikh 22 Januari, Azeez bertanya kepada Dzulkifli sama ada "ia baik atau buruk".
Dzulkifli kemudan memberitahu yang selepas kertas siasatan dikembalikan, pegawai penyiasat merancang untuk menambah dua lagi nama, dipercayai merujuk kepada suspek.
Dzulkifli: Shamsul, Nik Suboh dan Aziz.
Azeez: Aziz mana?
Dzulkifli: Aziz something, yang mana tak ingat.
Azeez: Ada Aziz?
Dzulkifli: Bukan Azeez Rahim lah (ketawa).
Azeez: (Ketawa) So Aziz, Shamsul, Suboh, Nik. Ok lah, Rosman tak ada (disebut), Alhamdulillah tak ada kena mengena Tabung Haji (dengan 1MDB). Confirm ya?
Dzulkifli: Confirm.
Rosman dipercayai merujuk kepada Rosman Abdullah, yang merupakan pengarah urusan Putrajaya Perdana, sebuah syarikat di mana Azeez menjadi pengerusinya pada 2015.
Putrajaya Perdana didakwa mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Jho Low, dan didakwa menerima dana daripada SRC International.
Sementara itu, Azeez turut bertanya Dzulkfili sama ada "semua perkara dalam 'perjalanan ke Mexico'", dan Dzulkifli menjawab "ya". Tidak jelas perkara apa yang dirujuk dalam perbualan ini.
Azeez menamatkan perbualan selepas menerima panggilan daripada "bos" Dzulkifli.
Perbualan kedua itu berlaku empat hari sebelum Apandi membuat sidang media pada 26 Januari, yang membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB.
Pada hari sama Apandi juga dilantik menjadi lembaga pengarah Tabung Haji.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment