Write For Us

SPRM rakam percakapan Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Dalam kenyataan SPRM, Annuar yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada pagi tadi, memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat.
Kata kenyataan itu, setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan lebih lima individu yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan ke atas Annuar.
Dalam pada itu, SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment