Write For Us

SST: Kenapa BN perlu sokong? - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bahawa ahli parlimen pembangkang tidak akan menyokong undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat.
Beliau bertanya mengapa ahli parlimen BN perlu menyokong Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Bil Cukai Perkhidmatan 2018.
"Mengapa kita perlu?" beliau menanyakan semula apabila ditanya sama ada ahli parlimen BN akan menyokong rang undang-undang.
Beliau juga ditanya sama ada rang undang-undang mendapat sokongan daripada senator BN yang mempunyai majoriti di Dewan Negara.
"Biarkan mereka bentang terlebih dahulu," katanya.
Undang-undang SST, yang akan menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dibentangkan untuk bacaan pertama Selasa lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment