Write For Us

Stanza Cinta | Episod 5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Amni Sorfina, seorang gadis yang berkeperibadian indah seindah namanya yang bermaksud ‘ketenangan yang suci’. Amni merupakan seorang wanita akhir zaman yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah. Namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian sering melanda dirinya. Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah. Taufiq hadir dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment