Write For Us

Struktur organisasi Pakatan Harapan hampir selesai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Struktur organisasi Pakatan Harapan, yang terdiri daripada pemimpin utama dari parti pembangkang PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, DAP dan Parti Amanah Negara, sudah hampir selesai ekoran rundingan mereka kini di peringkat akhir.
Sumber-sumber membayangkan kepada Malaysiakini bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan utama dalam gabungan itu, mungkin sebagai pengerusinya, sementara beliau masih di penjara.
Bagaimanapun, sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memastikan Anwar dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan. Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun untuk sabitan kes Liwat II, satu pertuduhan yang didakwanya bermotivasi politik.
Difahamkan Mahathir mahu HARAPAN mempunyai struktur yang sama seperti Barisan Nasional, gabungannya yang diterajuinya selama 22 tahun, di mana parti Umno memainkan peranan yang dominan. Peranan itu dijangka dimainkan oleh BERSATU.
Difahamkan Mahathir mungkin akhirnya bersetuju untuk mengemudikan gabungan parti pembangkang itu dengan konsensus dari semua parti.
Terdahulu dilaporkan bahawa BERSATU mungkin dianggap cuba mendominasi rakan-rakannya semasa rundingan dalam HARAPAN, tetapi Mahathir menjelaskan bahawa itu semua hanyalah satu tawar-menawar.
Sumber-sumber itu juga mendedahkan bahawa seorang perantara juga telah bertemu dengan Mahathir dan Anwar secara berasingan, supaya resolusi itu dapat dicapai.
"Alhamdulillah, hampir selesai," kata satu sumber.
Satu lagi sumber berkata, HARAPAN perlu bersiap sedia pada bulan Oktober, apabila pilihan raya umum ke-14 mungkin dipanggil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas Bajet 2018 dibentangkan di Parlimen.
Menurutnya, selepas pembentangan bajet dengan pelbagai janji, Najib boleh memanggil pilihan raya umum, dan membentangkan semua bajet jika beliau menang.
"Ini mungkin berlaku dan semua parti Pakatan Harapan perlu bersiap sedia," katanya sambil menambah bahawa HARAPAN perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia gabungan pembangkang yang mampu berdepan dengan BN.
"Walaupun terdapat banyak orang yang membenci Najib, kita juga perhatikan bahawa rakyat juga membenci pembangkang berikutan percanggahan di kalangan anggota gabungannya. Ini akan diselesaikan tidak lama lagi," tambah sumber itu.
Difahamkan, mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan akan diadakan esok.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, ketika ditanya mengenai perkara itu semalam, membayangkan bahawa barisan kepimpinan HARAPAN dapat diselesaikan minggu ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment