Write For Us

Suami koma seminggu dibelasah isteri 'black belt'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mendedahkan sebanyak 26 peratus kes keganasan rumah tangga membabitkan lelaki sebagai mangsa iaitu daripada 15,617 kes sejak 2014 hungga tahun lalu, menunjukkan gejala itu serius.
Antara kes terbabit, isteri mencederakan suami dengan asid dan cuka getah, mencederakan mengunakan objek selain dikurung serta didera secara emosi.
Malah, kata Rohani, dalam kes di Melaka, ada juga seorang suami didapati koma seminggu akibat dibelasah isterinya yang juga merupakan pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri.
Ketika menjawab pencelahan Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang bertanyakan mengenai kes isteri mencederakan kemaluan suami termasuk memotongnya, Rohani mengakui ada berlaku kes sebegitu seperti dilaporkan media dan pihak berkuasa lain, namun ia tidak dilaporkan kepada agensi di bawahnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment