Write For Us

Suami pengasas kosmetik didenda RM500, digantung lesen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
KOTA BHARU: Dua lelaki termasuk suami seorang pengasas kosmetik didenda RM500 dan digantung lesen memandu selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan menduga kelajuan kereta mewah jenis Mercedes Benz, bulan lalu.
Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman selepas suami pengasas kosmetik itu, Arif Md Nor, 31, dan rakannya, Ahmad Sufian Abdullah, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama berada di atas jalan bagi tujuan menduga kelajuan kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna kuning bernombor pendaftaran AKU 7471 dan F 2239.
Kesalahan dilakukan jam 2 pagi, pada 17 Januari lalu di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor, berhampiran Pusat Servis Honda Kubang Kerian di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.
Prosiding pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.
Terdahulu, mereka memohon hukuman ringan dan insaf atas kesalahan itu, bagaimanapun Siti Aisyah memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Mereka kemudian menjelaskan denda dan dibebaskan.
Akhbar sebelum ini melaporkan, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 30-an susulan kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian-Pasir Hor di sini.
Rakaman video kejadian itu turut dimuat naik ke laman Facebook dan menerima kecaman ramai kerana perbuatan itu didakwa, mengganggu kelancaran lalu lintas serta berbahaya kepada orang awam.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment