Write For Us

Suami Youtuber Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri | EDISI MG 24 Julai 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Suami seorang Youtuber sensasi didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.

Tertuduh, M.Sugu, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan, Sugu yang merupakan bekas pekerja sebuah estet di Sungai Siput dituduh memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 26 inci bertulis Tiger di parkir Wad Paliatuf PCU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Jalan Raja Ashman Shah, kira-kira pukul 6 petang, 21 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment